Sunday 14 July 2013

Jejari Masih Meniti


Assalamualaikum,



Pena Tanpa Darwat

Meninggalkan perkara yang kita sayang tanpa rela adalah sesuatu yang perit. Aku sendiri tak pasti aku yang menginggalkan atau aku ditinggal, Ya ALLAH sesungguhnya aku sedang diuji dan aku mohon kali ini aku lebih kuat untuk hadapinya… sehingga saat ini terlalu banyak persoalan yang aku persoalkan tanpa aku tahu mana hala tuju ku… orang sekeliling mula mengata akan perubahan aku malah kadang-kadang aku sendiri tidak sedar aku menjadi diri yang lain dalam jasad yang sama, terpaksa berpisah dari dunia penulisan dan ia adalah keputusan yang sukar aku lakukan… Ia sungguh berat, sulit untuk aku perkatakan betapa aku sayangkan setiap titipan jari ini untuk menaip apa yang dekat dengan hati.. menjauh hati? Ya, kali ini aku benar-benar gagal memperjuangkan apa yang aku inginkan… kesudahannya sangat perit untuk dipendam…

Pena ini masih terasa ingin menari walaupun banyak perkara yang aku pendam dalam hati, ya hati. Terasa kecilnya diri ini bila diri dikritik hebat oleh orang sekeliling, tidak pasti pada siapa mahu diluah apalagi untuk bercerita panjang. Pada mak ia adalah suatu yang tidak mungkin, cukuplah sekali kesilapan yang aku buat menitiskan air matanya. Setiap hari adalah pengalaman yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang insan, entah! Aku sendiri tak pasti adakah aku mampu menjadi insan yang baik biarpun sempurna itu jauh sekali daripada figura MAITHASA. Dikecam adalah perkara biasa yang mampu ditelan, tentang diri ini? Aku sendiri tidak pernah kenal siapa diri ini dan bagaimana pula aku mengenal yang lain sedangkan aku masih dalam pencarian yang tiada hentinya. Biarlah apa kata yang lain, aku tetap dengan pendirianku. Ia Cuma satu, hanya satu!

         Aku mahu berhenti menulis, tapi mampukah aku kuburkan minat yang dari dulu aku simpan. Hanya kerana penulisan semalam menimbulkan rasa bersalah dalam diri ini, ia cuma kesilapan yang aku sendiri tak menjangkanya. Terkedu seketika, apa yang telah aku lakukan? Banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku pada petang itu, mencari dimana silap? Apalagi diriku dihukum tanpa dia mengetahui hal sebenar. Ya ALLAH, manusia apakah yang aku jumpa kali ini? Sadis. Dalam hidup ini, satu perkara yang mampu membuat aku menjadi seorang pendendam adalah MENUDUH!.. ia adalah kesilapan yang tidak mampu ku maafkan sampai bila-bila. Maaf ia adalah perkataan yang jujur daripada ku.


#sign xoxo Miss.Maithasa

No comments:

Post a Comment