Monday 6 January 2014

Amarah


Assalamualaikum ~_~

Hai semua… euwww terasa diri begitu skema saat ini, meh sini sat nak kongsi something monthing untuk hampa dan kalian semua *semua dialek aku bedal.

AMARAH? Yessss… amarah aka marah iaitu salah satu perasaan manusia yang sudah wujud dalam diri. Namun begitu setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk  mengespresikan perasaan itu. Aku nak kongsi tentang hal ni pun sebab aku juga adalah antara salah satu makhluk ALLAH yg tidak boleh lagi dari hakikat ini. Baik perasaan cinta, kasih sayang, simpati, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya lagi. Tapi, perkataan A.M.A.R.A.H ini begitu sinomin dengan diri aku malah aku begitu takut untuk berdepan dengan perasaan ini biarpun saban kali aku merasainya dalam kehidupan seharian dan perasaan itu masih terbawa-bawa sampai sekarang... banyak peristiwa yang aku lalui apabila melibatkan perasaan marah ni..tapi INGAT! Aku bukan marah tak bertempat tau, melainkan orang tu yg mula dulu~

Perubahan Mencari Hati Suci

Masa aku melangkah ke tingkatan 5, aku makin matang dan makin waras… dalam erti kata lain dah boleh fikir secara stabil.. *betul ke? Aku cuba untuk mengikis kemarahan aku satu demi satu serpihan gelap di hati, sebabnya hanya satu apabila aku terdengar sabda nabi yang melarang sikap amarah. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”
Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda:“Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)


Aku tekad nak berubah sekurang-kurangnya untuk mampu diam walaupun dalam jiwa gelodaknya ya rabb… hanya ALLAH yg tahu…masih ku ingat,  nenek hadiahkan aku seuntai tasbih hijau yang mampu keluarkan cahaya apabila dalam keadaan gelap.. begitu abstrak maksud tersirat, entah apa aku merepek ni????

Subahanallah, dalam masa setahun pertama aku mampu kurangkan rasa amarah yang sudah lama bersarang di jiwa.. hanya ALLAH yang tahu begitu aku menemui kemanisan di balik kesabaran yang tertahan.. langkah pertama begitu berat…berat sangat hanya ALLAH jua yang tahu, aku tak puas hati sebab aku tahan perasaan marah, sampai aku tumbuk meja bertalu-talu biarpun sakit di tangan turut jua kurasai *ececece sastera gitu…  tapi, yelah namapun manusia.. aku terlalu sibuk, zikir begitu jarang lekat di bibir, 2 tahun setengah yang lalu.. masa begitu pantas mengejar tanpa menunggu sedia ataupun tidak… aku dihambat perasaan itu sekali lagi, konflik demi konflik aku rasai namun satu yang aku fikir nama mak aku, cuma itu dan hanya itu… aku hanya diam..diam..diam setiap kali ada terdengar ura-ura nama aku disebut dalam kalangan rakan-rakan yang begitu PRIHATIN… sehingga, waktu cuti semester yang lepas satu lagi sepupu aku banyak kongsikan ilmu tentang menjaga hati..  sehingga Azam untuk tahun ni aku nekad untuk hapuskan terus perasaan marah ni dalam diri biarpun  perit bagai membunuh jasad sendiri…  dan kat bawah ni aku kongsikan sikit tips-tips untuk kawal kemarahan ikut cara Rasulullah s.a.w :

DIAM
Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.
ISTI’AZAH
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
“أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.
DUDUK
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
BERWUDHUK
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)