Monday 6 January 2014

Amarah


Assalamualaikum ~_~

Hai semua… euwww terasa diri begitu skema saat ini, meh sini sat nak kongsi something monthing untuk hampa dan kalian semua *semua dialek aku bedal.

AMARAH? Yessss… amarah aka marah iaitu salah satu perasaan manusia yang sudah wujud dalam diri. Namun begitu setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk  mengespresikan perasaan itu. Aku nak kongsi tentang hal ni pun sebab aku juga adalah antara salah satu makhluk ALLAH yg tidak boleh lagi dari hakikat ini. Baik perasaan cinta, kasih sayang, simpati, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya lagi. Tapi, perkataan A.M.A.R.A.H ini begitu sinomin dengan diri aku malah aku begitu takut untuk berdepan dengan perasaan ini biarpun saban kali aku merasainya dalam kehidupan seharian dan perasaan itu masih terbawa-bawa sampai sekarang... banyak peristiwa yang aku lalui apabila melibatkan perasaan marah ni..tapi INGAT! Aku bukan marah tak bertempat tau, melainkan orang tu yg mula dulu~

Perubahan Mencari Hati Suci

Masa aku melangkah ke tingkatan 5, aku makin matang dan makin waras… dalam erti kata lain dah boleh fikir secara stabil.. *betul ke? Aku cuba untuk mengikis kemarahan aku satu demi satu serpihan gelap di hati, sebabnya hanya satu apabila aku terdengar sabda nabi yang melarang sikap amarah. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”
Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda:“Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)


Aku tekad nak berubah sekurang-kurangnya untuk mampu diam walaupun dalam jiwa gelodaknya ya rabb… hanya ALLAH yg tahu…masih ku ingat,  nenek hadiahkan aku seuntai tasbih hijau yang mampu keluarkan cahaya apabila dalam keadaan gelap.. begitu abstrak maksud tersirat, entah apa aku merepek ni????

Subahanallah, dalam masa setahun pertama aku mampu kurangkan rasa amarah yang sudah lama bersarang di jiwa.. hanya ALLAH yang tahu begitu aku menemui kemanisan di balik kesabaran yang tertahan.. langkah pertama begitu berat…berat sangat hanya ALLAH jua yang tahu, aku tak puas hati sebab aku tahan perasaan marah, sampai aku tumbuk meja bertalu-talu biarpun sakit di tangan turut jua kurasai *ececece sastera gitu…  tapi, yelah namapun manusia.. aku terlalu sibuk, zikir begitu jarang lekat di bibir, 2 tahun setengah yang lalu.. masa begitu pantas mengejar tanpa menunggu sedia ataupun tidak… aku dihambat perasaan itu sekali lagi, konflik demi konflik aku rasai namun satu yang aku fikir nama mak aku, cuma itu dan hanya itu… aku hanya diam..diam..diam setiap kali ada terdengar ura-ura nama aku disebut dalam kalangan rakan-rakan yang begitu PRIHATIN… sehingga, waktu cuti semester yang lepas satu lagi sepupu aku banyak kongsikan ilmu tentang menjaga hati..  sehingga Azam untuk tahun ni aku nekad untuk hapuskan terus perasaan marah ni dalam diri biarpun  perit bagai membunuh jasad sendiri…  dan kat bawah ni aku kongsikan sikit tips-tips untuk kawal kemarahan ikut cara Rasulullah s.a.w :

DIAM
Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.
ISTI’AZAH
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
“أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.
DUDUK
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
BERWUDHUK
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)



Sunday 14 July 2013

Jejari Masih Meniti


Assalamualaikum,



Pena Tanpa Darwat

Meninggalkan perkara yang kita sayang tanpa rela adalah sesuatu yang perit. Aku sendiri tak pasti aku yang menginggalkan atau aku ditinggal, Ya ALLAH sesungguhnya aku sedang diuji dan aku mohon kali ini aku lebih kuat untuk hadapinya… sehingga saat ini terlalu banyak persoalan yang aku persoalkan tanpa aku tahu mana hala tuju ku… orang sekeliling mula mengata akan perubahan aku malah kadang-kadang aku sendiri tidak sedar aku menjadi diri yang lain dalam jasad yang sama, terpaksa berpisah dari dunia penulisan dan ia adalah keputusan yang sukar aku lakukan… Ia sungguh berat, sulit untuk aku perkatakan betapa aku sayangkan setiap titipan jari ini untuk menaip apa yang dekat dengan hati.. menjauh hati? Ya, kali ini aku benar-benar gagal memperjuangkan apa yang aku inginkan… kesudahannya sangat perit untuk dipendam…

Pena ini masih terasa ingin menari walaupun banyak perkara yang aku pendam dalam hati, ya hati. Terasa kecilnya diri ini bila diri dikritik hebat oleh orang sekeliling, tidak pasti pada siapa mahu diluah apalagi untuk bercerita panjang. Pada mak ia adalah suatu yang tidak mungkin, cukuplah sekali kesilapan yang aku buat menitiskan air matanya. Setiap hari adalah pengalaman yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang insan, entah! Aku sendiri tak pasti adakah aku mampu menjadi insan yang baik biarpun sempurna itu jauh sekali daripada figura MAITHASA. Dikecam adalah perkara biasa yang mampu ditelan, tentang diri ini? Aku sendiri tidak pernah kenal siapa diri ini dan bagaimana pula aku mengenal yang lain sedangkan aku masih dalam pencarian yang tiada hentinya. Biarlah apa kata yang lain, aku tetap dengan pendirianku. Ia Cuma satu, hanya satu!

         Aku mahu berhenti menulis, tapi mampukah aku kuburkan minat yang dari dulu aku simpan. Hanya kerana penulisan semalam menimbulkan rasa bersalah dalam diri ini, ia cuma kesilapan yang aku sendiri tak menjangkanya. Terkedu seketika, apa yang telah aku lakukan? Banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku pada petang itu, mencari dimana silap? Apalagi diriku dihukum tanpa dia mengetahui hal sebenar. Ya ALLAH, manusia apakah yang aku jumpa kali ini? Sadis. Dalam hidup ini, satu perkara yang mampu membuat aku menjadi seorang pendendam adalah MENUDUH!.. ia adalah kesilapan yang tidak mampu ku maafkan sampai bila-bila. Maaf ia adalah perkataan yang jujur daripada ku.


#sign xoxo Miss.Maithasa

Saturday 14 July 2012

Kenangan Yang Tersimpan

Assalamualaikum...

pulau perhentian, Terengganu

syukur alhamdulillah segala perancangan yg dibuat akhirnya trlaksana dgn izin dr-NYA...
tahniah! opsyen BAHASA MELAYU SK, SJKC, &SJKT... walaupun banyak berlaku perubahan tentatif semasa berada di sana tp korg still lg nampak cool dan bersemangat buat tugasan... tabiikk springg kat hangpa sume... *pasai apa ckp utara? pasai pngerusi kita org utara
masa buat persiapan nk pi sana punyalah aku ni x mau pi.. bukan apa, sebab ramai ckp kat sana tempatnya KERAIHH!!! amboihh.. pekat x kedah cekk??
edit by : jing wen lee

yang aku x bole bla bila smpai sana aku yg first naik bot dulu..kahkahkah.. *penakut konon...
laju gila aku berebut tmpat duduk atas bot tu... siap pakai cermin mata hitam lagi, perasaan time tu x yah ckp la dah, vogue gila aku time tu... buat malu kaum kerabat aje...  yang tukang pandu bott tu mcm sawan aje naik bott laju mcm dlm citer james bond... mula2 tu memang la mcm siput bot tu, bila dh smpai tgh dia pecut mcm kat litar sepang aje... gusi ni rasa mcm dh kering pasai duk tersengih aje spanjang prjalanan... nasib baik beg yang aku bawak tu berat gilerr cm almari aje kat dlm beg tu aku taruk... yang si mirah a.k.a mili tu lagilah nk kuarkan hp nk tngkap gmbar pun takut sbb angin kuat sgt atas bot tu...hahaha... diam aje si minah tu atas bot, yang lain x yah ckp la, sepatah haram x kuar bunyi2 bahasa...


  • Sampai 



Bila sampai sana, ya ALLAH cantikknya tempat kami nk camping tu..


terkedu seketika!!!
subahanallah, ciptaan ALLAH yg tidak tergambar dengan kata2...
strategik la jgak tmpat kitaorg camping tu... yg paling nk komplen adalah pasai tandas *oh tandas berkualiti
mmg x boleh bagi bintang, air dia boleh 10 org mndi dlm satu blik air tu *perli nampak
kesian jugak aku tgok budak perempuan nk mandi pun beratur panjang dah mcm citer P.Ramli dah rupanya. tp sangat puassss, tengah hari tu lepas solat jemaah bersama2 dan selesai makan sume...

    • Bermulanya sebuah tugasan


aktiviti pertama adalah  "water confident" *menatang apa tu ? mula2 mcm tulah yg bermain dlm benak fikiran... bila semua dh pkai life jaket masing2, dah mula berlari cecah gigi air... sejuknya~~~  first baring dalam air dalam keadaan terlentang agak cemas jgak.. aku ni takut air especially bila kaki dah x mencecah dasar laut tu makin mnjadi2 cemas... tp, bila kita dah confident percayakan life jaket tu, alhamdulillah aku boleh pergi lebih jauh * mcm iklan shell plak   ada jgak yg tidak lepaskan peluang nak belajar berenang time tu trmasuklah aku sndiri yang paling aku x bole bla bila jue berenang kaki dia tu sume org dia terajang... alahaii jue, dlm air pun dah mcm GIRLS GENERATION kaki dia... hahaha

yang paling teruja apabila aku mampu lakukan 3 aktiviti sepanjang ptg tu daripada water confident, snorkeling dan kayak sekali gus... tanya yang lain diorg ckp 2 pun x dpt lagi.. hebat3x...  *tepukan untuk diri sendiri apa yang aku paling suka adalah "snorkeling" sebab dengan aktiviti tu aku terasa kendilnya diri dan hebatnya ciptaan yang maha kuasa... subahanallah, mulut tidak henti2 memuji ciptaan dari-NYA... selama ini hanya national geografi dan animal planet aje yg aku tengok benda alah tu... x sangka real aku dapat tengok... yang paling aku x bole lupa apabila aku ikan-ikan makan kat tangan ni... comeii sangat2 diorg tu dah la bijak2 datang mai nk makan je pastu bila nk tangkap punyalah susah rasa geram pun ada nk tangkap guna tudung saji.. alahaii ruginya x dapat bawak balik... apa yang aku takut time snorkeling tu adalah bila aku jumpa GAMAT kata bawah laut sana. woippp mak aiii besar bapakk dia... time tu jugak aku pusing badan nak u-turn cepat2... bila aku naik, emi chicha dah ketawa tengok aku pakai spect snorkeling tu... dah mcm peah dah rupanya...  rupanya si mamat tu suke kat binatang, wahhh~~~ kemah keming!

bila dh siap buat tu tetibe kayak sape entah datang dah mcm ikan josh aje main langgar tepi nih... aku dgn elah apa lagi naik kayak tu, first time naik nak ketawa pun ada kalut x tau nk kayuh tang mana.. muka elah time tu x yah ckp lah... cuba nk kayak lebih jauh lecture dah panggil *time is up


  • solat sama-sama sweet sangat2



yang paling aku x bole lupa adalah solat jemaah, terasa dekat dengan ILAHI apabila solat berjemaah di tengah2 pulau ciptaan-NYA... syukur, aku sangat tabik pada sume bakal2 cikgu ni.. walaupun penat tp ibadat  ttp tdk dilupakan.. terima kasih pada imam kerana mengimamkan kami... aktiviti malam tu, "burung pungguk" ingtkan adventurelah sggttt... rupanya duk main dekat2 je..senang nk cari... aku punyalah takut..hishh,
malam tu jgak lah aku dah start sentri * berjaga mlm kul 1 pg-2pg mak aiii mula2 tu mlas jgak nk bngun sebab penat sgtt.. nk tak nak tu amanah bangun jgak dlm keadaan mamai *separuh sedar... lpas gliran aku masa nk masuk khemah tdow balik tu adalah makhluk 2 org ni ckp, aku bsing sampai dlm khemah dgr... *yg ni aku trasa hati tp aku diamkan aje... ngantuk sgt lupakan aje... x ada gunanya jugak aku simpan..


  • seterusnya



Bangun subuh tu pun solat jemaah sama-sama.. walaupun mata kuyu time tu, semangat2.. kesian jue, bahu dia jugak aku lentokkan kepala, lepas solat senaman plakk dahhh.. wlaupun pg tu aku x de mood ... buat jugak lah,lntaklah org nk kata apa...
waktu makan aku respect kt korg sume sbb x mcm kt lata belatan makan tunggu dan baca doa sama2... walaupun aku trpandang jgak pada ajk persegaran yg hanya makan selepas kami... terima kasih sebab utamakan kami... hari kedua masih lakukan aktiviti dalam laut jgak... ari kedua memang mood betul2 menguji bila aktiviti ari tu mmg aku rasa x puas hati, aku naik awal bersihkan diri dan tolong yg lain masak.. ada jgak faedahnya lepaskan stress * x gitu?


  • sketsa 


ptg tu kna plan tuk  mlm kebudayaan plak... aku serahkan pada yang lebih pakar... memang lawak terasa saat tu, kitaorg cuma plan jlan cerita tp dialog spontan... kahkahkah... berlakon sketsa.. " RIMBA HARMONI" tjuk kitaorg punya cerita.. aku bawak watak beruang, yang paling x bole bla malam tu costume aku tu pakai baju hujan wrna kuning... kahkahkah, sampaikan sorg dr group kami faiz nayan bagi idea ibu kunyit pd aku ..
kompiuss... ibu kunyit tu apa? last2 rupanya kunyit yg org masak2 tu... laaa tu ke...
dan syukur alhamdulilah group kami berjaya tarik penonton dengan gelak tawa diorg.. terima kasih pada Elah sebab bagi idea cakap loghat thailand...


  • last 



esoknya pula ari ke-3, kami teruskan lagi perjalanan... aktiviti seterusnya yang terakhir jungle tracking memang tinggi betoii bukit tu.. sampai2 dah kat tepi pantai... wahhh, cantiknya *puji lagi
sepanjang perjalanan kami, kami perlu memcari herba2 untuk dibuat ubatan dan jgak racun... " kajian imperical" kami main bantai ambik aje pucuk2 dalam hutan tu... sampai aje kat sana kami buat aktiviti iktiar hidup ingatkan tuk suke2 aje buat benda alah tu rupanya ambik markah siap2 masak baru aku tau... aiiseehh.,.. x kemah keming perancangan... dah lah jemput2 aku dah mcm tempe aje time tu, x mcm jemput2 pun.. tp, puas hatilah sebab lecture puji kemainn.... sodaapp x sodappp sepinggan hampir habis dimakan nasib baik lecture tinggalkan sikit boleh la kami merasa jgak hasil air tangan kami...

habis ambil markah makan ramai2 tepi pantai...best gilerr, berkelah!!
balik plak bot datang ambik bertuahnya badan.. x larat dah nk jungle tracking lagi... sampai kat tapak camping teruja semua teruskan aktiviti bebas kami dibenarkan mandi laut tp still guna life jaket aku ambik peluang snorkeling sampai puas.... yang paling dapat diberi pujian, dan membanggakan diri ini adalah bila aku mampu berenang jauh sampai ke batu besar tu...jauh kottt.... tp, yg paling aku x gemar adalah bila kawan2 aku ni jumpa gamat yang masih hidup ehh silap anak gamat yg masih hidup... aku apa lagi lintang pukang aku lari..elah plak sibuk nk kacau sampai aku nk nangis pun ada kat gigi air...
nasib baik EN.Hasyim sempat panggil... kalu x...

malam tu malam terakhir kami kat situ, penat pun dh terbiasa selama kami di sana.. malam tu hnya perbentangan  hasil kajian imperikal.. banyak benda yang kami dapat daripada herba2 yg kami sume kutip ptg tu... tp, tetibe angin kencang menyerang... aku dan yang lain apa lgi kembali ke khemah dan trunkan kemah yg atas tu kemas sume barang2 dalam plastik hitam... kitaorg satu khemah.. group yang paling kecut perut dan mudah kalut apa lagi bukak yassin baca ramai2.. maisarah yg khemah sebelah join sekali..alhamdulillah lepas tu angin reda dan kami teruskan aktivti pada malam tu.. syukur...
seterusnya, taklimat penutupan plak... sume bagi refleksi  termasuklah aku.. entah kenapa rasa cm seram sejuk nak bagi refleksi sebab aku x tau nk habaq apa mlm tu.. last2 bila emi kemukan nama aku, ermm.. habissslah lantak pi aku bagi modal entah apa2...  lepas sume lepaskan perasaan masing2 kitaorg kemas barang sama2 tuk balik keesokkan harinya... memang malam tu agak sedih jgak la sebab malam terakhir kitaorg bersama... bukan apa, bila sampai maktab kitaorg dah x bole nk sama2 mcm kat sana... entah knapa suasana tu pasti akan bertukar... malam tu sentri aku yg start kul 3-4 pg bagaikan sekejap ... apa yg pling x bole lupa adalah apabila aku, kak jie yee dan chai wei tidow di tepi pantai bawah  langit... kahkahkah
*ayat skema...

bangun2 dah nk pukul 6 pg x sempat nk jemaah sama2, aku solat dalam khemah je...kesiannn... masa sarapan pagi tu ada jgak makhluk ALLAH ni cakap aku tidur tindih ketam yg naik kedarat... LOL...
bila dikaji selidik bukan mcm tu ceritanya... ketam tu lalu ke tepi aku laju-laju ketam tu drift takut aku tindih dia... la, mcm tu ceritanya..... apa yang paling tak bole lupa bila kumpulan aku *yakni kumpulan 2 telah berjaya mendapat tempat bagi kedua2 acara yang dipertanding kan... TAHNIAH!

sape tido paling lama

bila balik sini, hanya ALLAH yg tahu betapa penatnya tubuh, sampai kat maktab ni bukan dapat terus rehat tapi kena pulak basuh khemah di bawah cahaya mentari yang  terik... tulah, sampai jue bagi nama
 " air confident" plak... terbawak2 sampai sekarang...
 walaupun , semua tu telah berlalu pergi meninggalkan kami, namun rindu tu masih ada... terutama pada ikan2 kat sana... *gemuk ikan tu kitaorg tinggal dlm keadaan kenyang.. tangkap ketam, batu karang yg tajam, makan sama2 di bawah khemah, solat jemaah sama2, dan yang paling aku suka naik bot laju tu... yang mana pakai gigi palsu tu surrender awal lah x pon kena pakai polident supaya gigi tu x tercabut... apa yang aku x bole bla... nama baru KAK MAH  
memang x suke betoii nama tu, tp hargai nama tu dr faiz nayan.. xiexie..

apa2 pun kenangan kat pulau perhentian akan tetap bersemadi dlm diri... ingatan tulus ikhlas dr saya... bole dikira refleksilah ni, klau En. Rosli mintak lepas ni copy n paste ajelah kat microsoft office n print je... senang keje.....

opsyen BM 


sayang kamu sume "opsyen BM"

wasalam~~~